Jemaah haji Malaysia yang berada di Tanah Suci dan telah selesai mengerjakan haji akan pulang ke Malaysia secara berperingkat mulai esok.

Gambar sekadar hiasan

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, memberitahu bahawa sebanyak 81 penerbangan akan membawa jemaah Malaysia pulang ke tanah air yang bermula pukul 3.05 pagi tadi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pukul 4.45 petang hari ini.

Menurutnya, penerbangan terakhir pula akan berlepas 25 September ini pukul 2.10 petang dan dijangka tiba di tanah air pukul 3.40 pagi keesokan harinya.

Gambar sekadar hiasan

“Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memberi layanan yang mesra dan bantuan yang baik kepada jemaah kita secara khususnya dari peringkat awal ketibaan kita sehingga ke operasi masyair,” katanya selepas operasi haji pada tahun ini berjalan lancar dan jemaah haji Malaysia dapat melaksanakan ibadah haji dengan selamat serta selesa.

“Kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan Arab Saudi melalui agensi-agensi dan kementerian yang berkaitan termasuk pihak muassasah Asia Tenggara telah dapat membantu memudahkan perjalanan haji jemaah Malaysia pada tahun ini,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani