Jemaah haji Malaysia bakal menikmati satu kemudahan baru pada musim haji 1439H ini iaitu mereka akan dibekalkan khemah berhawa dingin di Padang Arafah semasa wukuf nanti.

Pengerusi Majlis Tertinggi Muassasah Asia Tenggara, Muhammad Amin Hassan Andarqiri, memberitahu bahawa Malaysia merupakan negara pertama di dunia bagi jemaah muassasah yang dibekalkan khemah berhawa dingin ketika wukuf.

sarawakiana.net

“Namun kerana hubungan baik antara kedua-dua negara, kami memutuskan untuk menaik taraf kemudahan ini terus kepada pendingin hawa, khusus untuk jemaah haji Malaysia. Ini adalah jaminan daripada saya,” jelasnya.

Difahamkan, cuaca panas dijangka mencecah 50 darjah Celcius di Arafah tahun ini semasa wukuf. Oleh kerana itu, pihaknya mengambil inisiatif untuk memasang alat pendingin hawa di dalam khemah.

“Saya sudah memaklumkan kepada Datuk Seri (Syed Salleh) untuk menasihati jemaah haji Malaysia membawa kain ihram tambahan (semasa di Arafah) kerana suhu di dalam khemah sangat sejuk, antara 24-25 darjah Celcius,” tambahnya.

Selain itu, disiplin jemaah muassasah Malaysia sepanjang musim haji tahun lepas dipuji hingga diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai jemaah yang wajar dicontohi oleh negara lain di dunia.

Sumber: mStar