Selepas negara Malaysia berpendirian teguh dengan tidak membenarkan atlet Israel bertanding dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2019, pihak Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) membatalkan hak penganjuran Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut.

thevocket.com

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, memberitahu bahawa Sarawak akur dengan keputusan yang dibuat berdasarkan pendirian tegas negara ini.

“Kami menghormati keputusan itu yang dibuat berdasarkan Dasar Luar Negara Malaysia yang mana Sarawak sebagai negeri harus menerimanya,” ujarnya.

“Saya juga difahamkan tempahan penginapan sudah dilakukan dan banyak usaha sudah kita dilakukan untuk memastikan kejayaan Malaysia selaku tuan rumah kejohanan renang antarabangsa itu,” jelasnya.

Untuk pengetahuan anda, keputusan membatalkan Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan tersebut dibuat dalam mesyuarat IPC yang berlangsung di London semalam selepas Kementerian Dalam Negeri Malaysia tidak memberi jaminan yang diperlukan oleh perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan seperti bebas daripada diskriminasi serta selamat dalam kejohanan.

Menurut Presiden IPC, Andrew Parsons, menjelaskan semua Kejohanan Dunia perlu terbuka kepada semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi.

Sumber: Harian Metro