Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, mereka melantik 10 wanita bagi memegang jawatan kanan di dua buah masjid paling suci di Mekah dan Madinah dalam usaha meningkatkan bilangan golongan wanita dalam bidang pekerjaan.

Difahamkan, pelantikan tersebut di institusi keagamaan jarang berlaku di negara berkenaan yang kini mengalami liberalisasi secara meluas dan dipelopori oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman.

Kesemua wanita berkenaan dilantik memegang jawatan dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran dan teknikal, menurut kenyataan daripada kedua-dua pihak masjid.

Gambar sekadar hiasan

Pelantikan tersebut adalah untuk memperkasakan golongan wanita yang mempunyai kelayakan tinggi dan kemampuan di Arab Saudi.

Terdahulu, dua buah masjid itu melantik seramai 41 wanita memegang jawatan kepimpinan pada tahun 2018.

Sumber: Sinar Harian