Pengacara dan pelakon, Qi Razali, 41 tahun, berasa hairan mengapa ramai yang berasa segan untuk mengajak orang lain solat pada zaman sekarang.

Malah, dia juga mengingatkan bahawa jika ada yang tidak mahu solat atau berasa marah dengan ajakan tersebut, kita boleh mengajak mereka dengan cara yang elok.

Perkara ini diluahkan di akaun laman sosial Twitter miliknya beberapa hari lepas dan ia mendapat perhatian warga laman sosial yang bersetuju dengan pendapatnya.

“Kalau dia orang tak nak solat atau marah kita balik, takpe, kita ajak lagi. Itu memang tanggungjawab kita. Ajaklah cara elok, bagi contoh yang baik,” pesannya sambil menegaskan itu adalah tanggungjawab semua orang.

Ada betulnya dengan apa yang dikatakan oleh Qi itu kerana zaman sekarang lebih sukar untuk mengajak orang berbuat kebaikan berbanding membuat kejahatan.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memaksa orang lain untuk mendengar nasihat kita. Mungkin jika diajak secara berterusan mereka akan lembut hati dan akan berbuat kebaikan tanpa diajak atau disuruh.

Sumber: Twitter Qi Razali