Rimas lihat almari dipenuhi baju lama? Tak tahu nak buat apa dengan baju-baju lama anda? Selalunya kita akan dihantui persoalan-persoalan sebegitu apabila ternampak pakaian lama semasa mengemas rumah.

Jangan risau, ada banyak cara anda boleh uruskan pakaian terpakai anda dan yang penting, ia memberi manfaat yang bagus untuk anda.

Jadikan sebagai kain buruk

cuckooonlinebranch.com

Daripada anda beli kain baru untuk dijadikan kain buruk atau lap kaki, apa kata anda gunakan pakaian lama anda sebagai kain buruk bagi tujuan pembersihan dalam rumah.

Selain itu, anda boleh DIY pakaian lama yang ada menjadi beg, selimut atau pakaian baru. Ada banyak contoh cara DIY di laman Youtube anda boleh belajar.

Kitar semula

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa rangkaian kedai pakaian popular, H&M, ada membuat projek kitar semula pakaian terpakai di setiap cawangan mereka. Jangan risau, pekerja H&M terima pakaian lama anda dan mereka akan uruskan pakaian terpakai yang dihantar kepada mereka.

Bukan itu saja, anda juga berpeluang untuk mendapat baucer diskaun melalui kempen “Let’s Close The Loop”  yang dibuat sejak tahun 2013, iaitu satu baucer diskaun sebanyak 15 peratus bagi setiap satu beg baju bersaiz sederhana (saiz plastik sampah berwarna biru) dihantar kepada mereka.

Jual sebagai preloved

pikiran-rakyat.com

Sebenarnya, pakaian terpakai yang disimpan lama dalam almari anda itu masih lagi bernilai untuk dijual sebagai pakaian preloved jika ia masih dalam keadaan baik.

Untuk pengetahuan anda, kualiti barang preloved masih elok dan tidak berbeza sangat berbanding keadaan asal barang berkenaan. Kadangkala kita tak sanggup nak buang pakaian kesayangan sebab ia berjenama, masih elok, harga mahal namun jarang memakainya, jadi ia sangat sesuai dijual sebagai pakaian preloved.

Jika anda berminat untuk membeli pakaian mengandung terpakai, berkualiti serta murah, anda boleh layari Salaam Shop untuk maklumat lanjut. Banyak pakaian menarik menanti anda!

Sumber: Loanstreet