Pernah tak orang menganggap anda lebih tua dari usia sebenar? Mimpi ngeri tu.

Adakah kerana solekan yang terlalu tebal ataupun kurang menitik beratkan penjagaan muka menjadi punca kepada isu wajah lebih tua dari usia.

Agaknya, apa 5 perkara yang boleh buat anda nampak lebih tua dari usia sebenar? Let’s check this out.

1. Tidur dengan make up

we25.vn

Tahukah anda, tidur dengan make up akan membuatkan kulit anda tua 10 tahun dari usia yang sebenar? Walaupun make up itu membantu untuk mencantikkan wajah anda, sebelum tidur jangan lupa tanggalkan ya.

Jerawat juga akan tumbuh jika anda tidur dengan make up di wajah.

2. Kerap mencuci muka

hellosehat.com

Rimas dengan muka berminyak bukan bermaksud anda boleh mencuci muka lebih daripada dua kali sehari. Kesannya, kulit anda akan kehilangan minyak yang diperlukan.

Kulit juga akan menjadi lebih kering dan mengelupas. Pedih tau!

3. Makan tidak berpantang

healthline.com

Pantang nampak makanan yang sedap, semua nak dicuba. Elakkan pengambilan makanan yang berminyak atau berkafein. Kalau sekali sekala tu tak apalah.

4. Kurang minum air putih

redorbit.com

Air putih merupakan penyumbang utama kesihatan kulit anda. Jangan lupa untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.

5. Bergossip dan membuka aib orang

cnn.com

Selain perkara di atas, sikap negatif ini boleh menyebabkan seri pada wajah anda hilang. Hindarkan perkara yang negatif. Jangan jadi makcik bawang ya!

Sumber: :Remaja.My