Sekarang ini muncul trend terbaru anak muda zaman ini membuat parodi di laman sosial. Banyak parodi lelaki menggayakan pakaian wanita demi mendapat views tinggi.

Trend ini dilihat semakin menjadi-jadi hingga membuatkan Da’i Wan Dazrin terpanggil untuk menegur seorang lelaki yang suka membuat video parodi, @thefaizroslan.

Faiz dilihat memuatnaik video terbaru dengan menggayakan pakaian wanita bersama kawan-kawannya. Bahkan, dia juga memakai mekap dan berkasut tumit tinggi dalam video tersebut.

Ini membuatkan Da’i Wan memberi teguran kepada Faiz di akaun laman Instagram miliknya dan tekad akan menegur secara terbuka hingga Faiz memadam video itu dari akaun Instagram.

“Kamu muncul semula dengan parody ke 2, siap pakai hashtag #NerakaIsBack #MohonKecam.
. .

Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral, dan kamu akan rasa kesusahannya nanti. Sbb itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ni, Faiz.
. .

Now, saya dh tahu. Kamu dan kawan2 sama sahaja, tak mahu dengar nasihat, sengaja cari pasal. Sekarang kamu boleh bergembira @thefaizroslan dgn parody yang kamu buat, kamu tak dengar nasihat orang, kamu buat ikut rasa hati, ikut suka kepala kamu sendiri. Sekarang kamu tak nampak kemurkaan Allah lagi, tapi kamu akan nampak kemurkaan manusia pada kamu selepas ini. Tunggu shjlah.
. .

@thefaizroslan , percayalah. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sdgkan banyak lagi jalan yg tak menghina diri sendiri. Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dgn kerja seperti ini. Hiburan di dunia ni skjp shj Faiz. Jgn jadikan yg sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan org yg dungu, Faiz. 1 lg, Neraka, jgn sesekali dibuat main, kamu x kan mmpu terbayangkan betapa azab / pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yg kamu tak lama hidup didunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akn dihisab. Diserah pd tgn kiri habislah semua rasa seronok yg pernah kamu rasa di dunia.
. .

Bahkan hari ini 1 ramadhan. Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dgn perbuatan parody kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ni bulan Ramadhan?.
. .

Kalau kamu tak ‘Delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan 1 Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian, dan tegur kalian secara terbuka. Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dgn sengaja utk kali ke 2, maka saya dan barisan addu’at yg lain akan pastikan yg kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini.”

Kita doakan yang baik-baik saja di bulan Ramadan yang mulia ini. Ini juga boleh dijadikan pengajaran buat kita semua agar tak lalai dengan duniawi semata-mata.

Sumber: IG Da’i Wan