Tahukah anda, sebenarnya halia lama yang tersimpan dalam peti sejuk yang anda ingatkan tidak boleh guna itu sebenarnya boleh ditanam menjadi halia baru?

Seorang pengguna Facebook, Bebiyana Tambi Khan, berkongsi cara-cara bagaimana mahu menanam anak pokok halia menggunakan halia lama. Berikut merupakan cara-cara penyediannya:

Cara-cara

– Ini contoh halia yang diambil daripada dalam peti ais.

– Kemudian, potong potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh.

– Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada.

– Keringkan.

– Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah.

– Kambuskannya. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.

– Ini contoh anak pokok halia yang sudah dialihkan ke dalam guni.

– Ini selepas 6 bulan, kalau nak dapat halia muda boleh harvest dah. Untuk dapatkan halia tua tunggu 2 bulan lagi (8 bulan).

– Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda. Selamat mencuba! 🙂

Sumber: Fb Bebiyana Tambi Khan