Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) akan ditutup sepenuhnya selama 10 jam kepada semua kenderaan pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada acara Great Eastern Viper Bridge.

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), dalam kenyataannya semalam berkata jambatan akan ditutup mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi pada hari berkenaan.

Selain itu, JKSB menasihati para pengguna untuk merancang sepenuhnya perjalanan dan mematuhi setiap arahan dan papan tanda yang disediakan terutamanya mereka yang menggunakan susur masuk dan keluar dari arah Batu Maung serta Bandar Cassia.

wikipedia.org

Jalan akses dari Bandar Cassia ke Plaza Tol Bandar Cassia (Plaza C) pula akan tetap beroperasi semasa acara dijalankan dan kenderaan menghala susur keluar Lebuhraya Utara-Selatan boleh melalui Plaza Tol tersebut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 atau melalui laman sesawang www.jambatankedua.com.my serta melalui Facebook dan Twitter @jsahmsofficial.

Sumber: Astro Awani & Bernama