Negara kita masih bertegas dengan keputusan tidak membenarkan penyertaan atlet Israel di 2019 World Para Swimming Championships yang bakal berlangsung di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Berikutan itu, Jalur Gemilang dilihat berkibar di Stadium Yarmouk, Gaza, oleh peminat bola sepak negara itu atas penghargaan kepada Malaysia kerana berpegang teguh dengan pendirian mempertahankan Palestin.

“Terima kasih Malaysia kerana berdiri menentang normalisasi dengan negara yang dipanggil Israel” maksud tulisan di banner tersebut.

Difahamkan, bendera Malaysia dikibarkan semasa perlawanan bola sepak di stadium tersebut yang berlangsung pada Ahad lepas. Tahniah Malaysia kerana sentiasa berpegang teguh dengan pendirian tidak menyokong Israel sejak dulu hingga sekarang.

Sumber: FMT