Hutang adalah akad atau janji yang harus dipenuhi. Hukum tidak membayar hutang dalam agama Islam adalah haram.

Malah, orang yang berhutang dan tidak membayar hutang-hutang mereka akan berdosa. Jadi, hutang adalah wajib dituntut selagi hayat masih dikandung badan.

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @zhantafa, dia terjumpa seorang pakcik tua di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang mahu ke Kuantan, Pahang kerana ingin menuntut hutang sebanyak RM6,000 daripada kenalannya.

Pakcik itu juga dikatakan sanggup menjual telefon bimbitnya demi untuk membeli tiket bas. Berapa saja lah yang pakcik itu dapat hasil menjual telefon jenama Nokia miliknya itu.

Setibanya mereka di Kuantan, pakcik itu menelefon kenalannya tetapi tidak dapat dan dipercayai telah menutup telefonnya.

Kemudian, lelaki itu membeli roti dan air untuk pakcik itu di sebuah stesen minyak kerana dia tidak makan seharian.

Sebelum ini, pakcik yang dikenali sebagai pakcik Majid itu pernah tular kerana dia berjalan kaki dari Kuantan ke Stadium Shah Alam setelah bernazar jika pasukan bola negeri Pahang menang Piala Malaysia.

Kemudian, sesampainya di TBS, pakcik itu tergesa-gesa keluar mencari bas ke Ipoh dan mahu mencari pemandu bas yang sudi menumpangkannya ke negeri tersebut.

“Kepada yang pinjam duit Pak cik ni taknak pulangkan kau tunggu roh kau tergantung sebab hal kau kat dunia ni tak settle lagi !! 6k wey bukan sikit,” ujarnya yang kesian melihat pakcik itu.

Hutang tidak boleh dibawa mati. Ia harus dilunaskan sebelum kita menemui ajal. Semoga kenalan pakcik Majid itu sedar akan kesalahannya dan membayar kembali hutangnya kepada pakcik berkenaan.

Sumber: Twitter @zhantafa