Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menjelaskan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) menyokong inisiatif Jabatan Agama Islam Negeri Johor(JAINJ) menggunakan tulisan Jawi dalam urusan surat menyurat kerana dilihat mampu memartabatkan tulisan Jawi.

Difahamkan, pelaksanaan inisiatif itu bakal bermula 1 Januari 2020 yang melibatkan JAINJ dan Majlis Agama Islam Negeri Johor(MAINJ) serta urusan di peringkat pejabat kadi, sekolah-sekolah agama serta dalam teks-teks ucapan.

Menurutnya, bagi setiap program, kira-kira 25 peratus daripada poster atau bahan-bahan berkaitan program akan menggunakan tulisan Jawi.

“Esok kita akan lancar satu program iaitu minggu Jawi dan setiap hari Jumaat, kita akan minta semua staf pakai tanda nama bertulisan jawi,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani & Bernama