Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) menafikan mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) seperti yang tular di laman sosial, sejak kelmarin.

Menurut kenyataan JAKIM di laman Facebook rasmi mereka, sebarang makluman yang tidak dikeluarkan menerusi saluran rasmi jabatan itu dianggap tidak sah.

“JAKIM menafikan bahawa ada mengedarkan sebarang dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP,” tulisnya.

Gambar sekadar hiasan

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai garis panduan umat Islam meraikan Aidilfitri jika PKP masih berkuatkuasa.

Difahamkan, antara garis panduan tersebut adalah solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga tanpa khutbah hari raya dan takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau ia boleh dirakam selain melarang rumah terbuka bagi mengelakkan penularan pandemik Covid19.

Sumber: Astro Awani & FB JAKIM