Jika anda merancang untuk berkahwin pada tahun ini dan dalam tempoh enam bulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) tamat, anda boleh memohon untuk menyertai kursus kahwin dalam talian bermula hari ini (9 Jun).

Menurut kenyataan pihak Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), kursus kahwin dibuat secara dalam talian berikutan penangguhan kursus itu sejak bulan Mac lalu dan dibuat selaras dengan norma baharu.

Difahamkan, kursus kahwin secara dalam talian tersebut akan bermula pada hari Sabtu (13 Jun) dan Ahad ini selain dibahagikan kepada dua sesi iaitu pukul lapan pagi hingga 12 tengahari dan dua petang sehingga enam petang.

Malah, setiap sesi juga terhad kepada 150 peserta saja. Selain itu, pihak JAIS akan mengutamakan mereka yang telah mendaftar sebelum PKP bermula.

Selain itu, sijil kursus kahwin akan diberikan selepas peserta menyelesaikan tugasan yang diberi.

Sumber: FB JAIS