Bermula esok, Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) akan membuka operasi perkhidmatannya secara temu janji.

Menurut Unit Korporat JAIS, pembukaan operasi itu dilakukan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu.

“Pada masa ini perkhidmatan ditawarkan hanya kepada pelanggan ingin mendapatkan kebenaran berkahwin dan memperbaharui kebenaran berkahwin yang sudah tamat tempoh sahaja manakala perkhidmatan lain ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan,” ujarnya.

“Hanya pelanggan mempunyai temu janji dibenarkan berurusan di JAIS. Justeru, pelanggan diminta untuk membuat temu janji terlebih dahulu dengan menghubungi talian telefon ditetapkan mulai esok,” tulisnya di akaun Facebook rasmi JAIS.

Difahamkan, kaunter perkhidmatan JAIS beroperasi pada pukul sembilan pagi sehingga pukul 1 tengahari sahaja sepanjang tempoh PKPB.

Sumber: Harian Metro