Nama pelakon Izzue Islam tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Dia bukan saja pandai berlakon, malah pernah menganggotai kumpulan nyanyian Forteen suatu ketika dahulu.

Terbaru, dia berkongsi video yang menunjukkan dia menyelamatkan dua ekor anak anjing terperangkap di dalam sebuah longkang.

kesian anak anjing ni, mana mak diaa?? ?

A post shared by I Z Z U E I S L A M (@izzueislam) on

Menurutnya, dia berasa kesian dua ekor anak anjing yang berada di dalam longkang berhampiran rumahnya. Kelihatan dia mencuba untuk mengeluarkan anjing tersebut tanpa menyentuhnya.

Namun, dia cuba pelbagai cara untuk menyelamatkan anjing-anjing itu dan berjaya menyelamatkan seekor dan kemudian beberapa lelaki membantu dia menyelamatkan seekor lagi anak anjing.

Tindakannya itu menjadi bualan orang ramai dan mereka memuji sikapnya yang boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.

Sikap beginilah yang boleh diamalkan oleh masyarakat kita memandangkan kita hidup dalam bermasyarakat.

Sumber: IG Izzue Islam