Pelakon kacak, Ashraf Muslim, 36 tahun, dulu pernah tular kerana berkahwin dua dan kini dia bahagia bersama kedua-dua isterinya.

Terbaru, isteri kedua Ashraf selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.35 petang, semalam.

IG Ashraf Muslim

“Assalammulaikum semua. Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini,” luahnya bersyukur dengan kurniaan tidak ternilai itu oleh Allah SWT.

Dia dilihat berkongsi berita gembira itu dengan memuatnaik gambar keluarga bersama bayi perempuannya di laman Instagram sejam lepas.

“Semoga menjadi anak yang solehah, sri kandi yang hebat di mata Allah, sihat dan seorang yang penyayang seperti kakak dan abang-abang okay,” tulisnya.

“Satu lagi, semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, Insya-Allah. Doakan AM sekeluarga ya,” sambungnya.

Para peminat Ashraf dilihat mengucapkan tahniah kepadanya atas kehadiran bayi perempuan terbaru itu dalam keluarga mereka dan mendoakan kesihatan bayi dan isterinya berada dalam keadaan sihat.

Sumber: mStar