Semalam, Menteri Pertahanan baru Israel, Naftali Bennett, mengumumkan bahawa semua mayat penduduk Palestin yang ditahan semasa rusuhan tidak akan dipulangkan kepada keluarga mereka.

Difahamkan, angkatan bersenjata dan pertahanan telah dimaklumkan mengenai perubahan itu yang akan berkuat kuasa sepenuhnya selepas diluluskan Kabinet Keselamatan.

Malah, antara sebab Zionis enggan memulangkan mayat penduduk Palestin adalah untuk mengelakkan mangsa dikebumikan selain digunakan sebagai cip tawar menawar untuk ditukarkan dengan mayat tahanan Israel.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan Pihak Berkuasa Palestin, Hassan Abd Rabbo, menjelaskan bahawa keputusan Bennett itu telah melanggar Konvensyen Geneva.

“Keputusan itu merupakan hukuman kolektif. Ia tidak bermoral, melanggar ritual keagamaan berkaitan pengebumian dan bertujuan menyebabkan masalah psikologi kepada keluarga mangsa,” ujarnya.

“Hak paling asas untuk keluarga adalah mengebumikan orang yang tersayang,” jelasnya.

Semoga satu hari nanti kekejaman Israel ini akan berakhir dan dunia bersatu menentang kejahatan rejim Zionis.

Sumber: Sinar Harian