Pengerusi Majlis Waqf, Sheikh Abdul-Athib Salhab, dilarang masuk ke dalam masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur selama 40 hari manakala Sheikh Najeh Bkerat pula dikenakan larangan selama empat bulan.

jurnas.com

Terdahulu, Salhab telah pun dikenakan larangan yang sama selama seminggu selepas dibebaskan minggu lepas dan kini larangan disambung lebih lama.

“Selain itu, timbalan pengarah pertubuhan itu, Sheikh Najeh Bkerat juga dikenakan larangan sama untuk tempoh empat bulan,” ujar jurucakap Pertubuhan Waqf Islam bahagian hal ehwal Haram al-Sharif, Firas al-Dibs.

aftruth.com

Difahamkan, Salhab ditahan pihak berkuasa Israel kerana keberaniannya membuka semula Bab al-Rahma di Haram al-Sharif pada 25 Februari lepas yang memberi ruang kepada penduduk Palestin mengerjakan solat Jumaat untuk pertama kali selepas 16 tahun.

Walau bagaimanapun, kawasan solat tersebut ditutup semula pada tarikh yang sama selepas menerima arahan daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Sumber: Sinar Harian