Pelakon popular Indonesia, Irwansyah, membawa isteri tercinta, Zaskia Sungkar, ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah sempena ulangtahun perkahwinan mereka ke-9 tahun.

Dia berkongsi perkara itu melalui akaun Instagramnya sebelum berangkat ke Tanah Suci, hari ini.

“Alhamdulillah, dapat melakukan umrah lagi bersama dengan isteri tercinta yang kali ini dengan tarikh istimewa iaitu ulang tahun perkahwinan kita yang kesembilan,” tulisnya.

Untuk pengetahuan anda, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011 lalu.

Sumber: Gempak & IG Irwansyah