Indeks Pencemaran Udara(IPU) menunjukkan berlakunya peningkatan di semua stesen sekitar negeri Selangor dengan mencatatkan bacaan sederhana antara 51 hingga 100.

Menurut kenyataan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, kualiti udara dijangka akan mencapai tahap tidak sihat.

“Orang awam dinasihatkan supaya mengurangkan dan hadkan aktiviti luar serta minum air yang banyak,” ujarnya.

“Justeru itu, orang awam dinasihatkan juga supaya menggunakan penutup muka (face mask) bagi mengurangkan kesan pencemaran terhadap sistem pernafasan,” katanya sambil menyatakan semua agensi diminta melaksanakan pemantauan.

“Semua agensi diminta dalam keadaan waspada terhadap risiko berlakunya pembakaran terbuka,” sambungnya.

Sumber: Sinar Harian