Sejuta kad sim dan akses internet percuma diberikan sebagai hadiah kepada jemaah yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Menurut Arab News, inisiatif tersebu adalah sebahagian daripada program yang bertujuan untuk memberi khidmat kepada jemaah yang mahu berkomunikasi dengan orang terdekat dan tersayang di tanah air.

Difahamkan, pasukan lapangan akan bekerja 24 jam sehari pada musim haji ini untuk menawarkan perkhidmatan itu kepada jemaah yang baru tiba agar mereka boleh berkongsi pengalaman dengan ahli keluarga.

Untuk pengetahuan anda, projek itu adalah sebahagian usaha kerajaan Arab Saudi yang mahu berkhidmat kepada jemaah atas arahan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman bagi membolehkan mereka beribadah dengan mudah.

Sumber: Harian Metro