Kami pasti demam Piala Dunia 2018 semakin memuncak apabila perlawanan akhir bakal berlangsung tidak lama lagi dan semua peminat bola sepak seluruh dunia berdebar menantikan negara manakah yang bakal membawa pulang trofi paling berprestij itu.

Selain skil dan gol perlawanan menjadi perhatian, rambut pemain bola sepak juga menarik perhatian penonton hingga menjadi ikutan peminat-peminat mereka.

Ramai yang tidak tahu di sebalik rambut yang bergaya dan jambang yang kemas itu ada seorang penggunting rambut diterbangkan khas dari London.

Untuk pengetahuan anda, HD Cutz adalah kedai gunting rambut paling terkenal di kalangan pemain bola sepak terutamanya pemain English Premier League.

HD Cutz diterbangkan istimewa untuk menggunting dan bertanggungjawab menggayakan rambut pasukan pemain Belgium sebelum ini.

Bukan itu saja, mereka juga menggunting rambut pemain negara lain jika mendapat permintaan. Patut la semuanya nampak segak berlari atas padang.

Selain itu, terdapat ramai pemain bola sepak lain menggunakan khidmat HD Cutz seperti Cutz adalah Raheem Sterling, Xherdan Shaqiri, Johan Djorou, Stephan Lichsteiner, Radja Nainggolan dan ramai lagi.

Malah, pelari terpantas dunia, Usain Bolt, turut mendapat sentuhan mereka dalam penjagaan rambutnya.

Sumber: The Vocket