Baru saja berumur 18 tahun, anak muda berasal dari Kota Bharu, Kelantan, ini sudah melakar sejarah tersendiri apabila memenangi Anugerah Hasselblad Masters dalam kategori projek.

IG Nabil Rosman

Nabil Rosman, tak pernah menyangka akan memenangi pertandingan berprestij itu kerana dia tak belajar bidang fotografi secara mendalam dan hanya belajar sendiri.

“Saya sangat minat dengan bidang gambar ini. Terus terang ilmu yang saya belajar dalam mengambil gambar ini kebanyakannya self-taught melalui majalah dan internet. Memang tak pernah masuk kelas photography sebab faktor kewangan khususnya,” jelasnya.

IG Nabil Rosman

Walaupun begitu, gambar-gambar yang dihasilkannya kelihatan seperti profesional jika dilihat di akaun laman sosial Instagramnya.

Menurutnya, dia mendapat idea untuk Anugerah Hasselblad Masters bagi kategori projek bertajuk “21” apabila dia terjumpa sebuah rumah usang.

IG Nabil Rosman

“Kami rasa macam idea yang sangat menarik untuk buat penggambaran di sini. Ketika itu memang terlintas dalam fikiran nak buat satu siri bagaimana kalau seorang penagih dadah tinggal di sini,” katanya.

Nabil tak sangka dia memenangi kategori projek apabila dia mendapat emel berkenaan pengesahan tarikh lahirnya pada Oktober tahun lalu.

IG Nabil Rosman

“Tiba-tiba pada 9 Januari lalu, saya mendapat emel memberitahu saya adalah salah seorang pemenang untuk Hasselblad Masters ini,” ujarnya.

Tahniah diucapkan untuk anak muda ini yang mempunyai bakat besar dalam bidang fotografi. Mungkin jika bakatnya dipupuk, dia boleh melangkah jauh dalam bidang ini. Congratulations Nabil!

Sumber: The Vocket