Walaupun ramai yang mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, merupakan menteri paling muda di dunia, namun sebenarnya ada seorang gadis telah menjadi menteri seawal usia 22 tahun pada tahun 2016.

Gadis tersebut yang berasal dari Emiriah Arab Bersatu, Shamma Al Mazrui, menyandang jawatan Menteri Hal Ehwal Belia dan kini telah berkhidmat selama dua tahun sebagai menteri berkenaan.

Gogirl

Shamma mempunyai latar belakang pendidikan yang baik kerana memiliki Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Universiti Oxford dan jurusan Seni Ekonomi dari Universiti New York Abu Dhabi. Malah, dia merupakan penerima UAE pertama biasiswa Rhodes scholar dari Oxford.

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu tarikh lahir tepat Shamma dan umum hanya mengetahui dia dilahirkan pada tahun 1994.

Malah, maklumat peribadi serta latar belakang keluarganya juga tidak diketahui dan kekal misteri. Mungkin dia mahukan privasi serta mahu orang lain lebih fokus terhadap kerjayanya.

The Gulf Today

Selain menjadi menteri termuda dunia, Shamma juga dicalonkan sebagai wanita Arab paling berpengaruh dan menduduki tangga ke-38 daripada 100.

Sebelum menjadi menteri, Shamma bekerja di sebuah ekuiti swasta iaitu perbadanan dana Abu Dhabi dan penganalisi polisi bagi United Nations mewakili Emiriah Arab Bersatu dan turut sibuk memegang portfolio sebagai pemerhati politik global dan kedutaan besar.

Walaupun baru berusia awal 20-an, namun Shamma telah memiliki banyak pengalaman sepanjang penglibatannya menjadi menteri.

Diharap lebih ramai anak muda yang berpotensi menjadi menteri diberi peluang selayaknya pada masa akan datang.

Sumber: Wanista