Semalam kita dapat saksikan seorang anak muda mengangkat sumpah sebagai Menteri Belia dan Sukan ke-18 seterusnya menjadikan dirinya sebagai menteri paling muda dalam negara ini.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 26 tahun, dilantik sebagai menteri oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi menteri paling muda dalam sejarah negara di mana sebelum ini Khairy Jamaluddin dilantik menjadi menteri pada usia 37 tahun pada 2013.

Gambar sekadar hiasan
Untuk pengetahuan anda, Saddiq terlebih dahulu terkenal kerana kepetahannya dalam komuniti debat sebelum melibatkan diri dalam politik.
Malah, dia juga menjadi pemenang anugerah Pendebat Terbaik Asia di pertandingan Asian British Parliamentary (ABP) sebanyak tiga kali.

Gambar sekadar hiasan
Selain itu, perlantikan Saddiq menjadi menteri turut mencuri tumpuan orang ramai dan ramai menganggap perlantikan tersebut adalah sesuatu yang baru dan segar.
Bukan itu saja, Khairy Jamaluddin turut mengucapkan tahniah kepada jejaka kacak itu di laman Twitter dan berharap dia dapat berbakti kepada negara.
“Tahniah Syed Saddiq atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu. Saya doakan saudara dapat membawa kejayaan yang lebih besar kepada negara,” tulisnya.

Gambar sekadar hiasan
Biodata Syed Saddiq
Nama Penuh: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Tarikh Lahir: 6 Disember 1992
Tempat Lahir: Pulai, Johor Bahru.
Pencapaian:
1) Pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia.
2) Pendebat Terbaik Asia (3 kali berturut-turut)
3) Pendebat Terbaik Australia, Cambridge & Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL)
4) Individu Asia pertama dilantik sebagai Ketua Hakim (Cambridge Inter Varsities di UK)
5) Ketua Hakim (Kejohanan Debat Universiti Dunia di Netherlands)
Sumber: mStar