Pelakon comel yang kini menjadi seorang pengacara televisyen, Yana Samsudin, baru-baru ini namanya menjadi hangat selepas video di akaun Instagram dia menunjukkan tindakannya apabila ahli Running Man, Ji Suk-Jin mahu bersalam dengannya.

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Yana dengan sopan menolak pelawaan Suk-jin dan kemudian barulah Suk-Jin memahami mengapa Yana tidak bersalam dengannya.

Dia dilihat tidak bersalaman dengan ahli lelaki Running Man dan hanya bersalaman dengan ahli perempuan sahaja.

Tindakannya itu dipuji oleh peminatnya dan warga laman sosial yang memuji kerana pandai menjaga batas sebagai seorang Muslimah.

Difahamkan, ahli Running Man berada di Malaysia untuk kolaberasi bersama rancangan CJ Wow Shop yang berlangsung pada Ahad (semalam) lepas di saluran TV9.

Sumber: IG Yana Samsudin