Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba awal bulan depan, masih terdapat kekeliruan mengenai tarikh cuti persekolahan bagi perayaan tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, cuti sekolah pertengahan tahun bermula pada 24 Mei 2019 sehingga 8 Jun 2019 bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala bagi negeri-negeri lain pula cuti sekolah bermula akan pada 25 Mei 2019 sehingga 9 Jun 2019.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia, cuti sekolah yang melibatkan perayaan telah diselaraskan dan tidak perlu diganti semula.

Ini memudahkan ibu bapa membuatkan perancangan percutian dan perjalanan balik kampung untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 5 Jun depan.

Sumber: Astro Awani