Bukan mudah untuk kita mulakan hidup baru dan mencari teman hidup kerana tidak mahu membuat kesilapan seperti dulu.

Pelakon terkenal, Fasha Sandha, membuat surat terbuka untuk bakal suaminya di laman Instagram 14 jam lalu dengan tanda pagar atau hashtag #sendasubuh, #janganserioussangat, #jangansibuknakkecam dan #justforfun.

Menurut posting itu, ia merupakan himpunan gambar yang mempunyai tulisan seperti kata-kata berupa pesanan kepada kaum lelaki.

Mungkin ia adalah petanda bahawa Fasha sudah bersedia untuk membuka hatinya kepada jejaka yang berjaya mencuri hatinya satu hari nanti.

Kami doakan Fasha bertemu jodoh yang terbaik dan menjaga anda sekeluarga dengan penuh kasih sayang. Amin!

Sumber: IG Fasha Sandha