Sempena sambutan ambang tahun baru di Dataran Putrajaya pada malam ini, dikatakan beberapa jalan di sekitar lokasi sambutan akan ditutup.

Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, penutupan jalan membabitkan tujuh jalan di Presint 2 dan Presint 3 dijadual bermula pada jam 4 petang ini sehingga 2 pagi keesokan hari, 1 Jan 2019.

Berikut senarai jalan yang akan ditutup menjelang sambutan di Dataran Putrajaya, Presint 3:

– Persiaran Perdana
– Jalan Kemerdekaan
– Jalan Pembangunan
– Jalan P3f
– Jalan P3c
– Jalan P2k
– Jalan P2p

mstar.com.my

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan, memberitahu bahawa pengunjung boleh meletakkan kenderaan mereka di lokasi ditetapkan di mana bas perantara akan disediakan.

“Shuttle bus atau bas perantara akan beroperasi dari 6 petang 31 Dis hingga 1.30 pagi 1 Jan pada setiap 30 minit dari dua lokasi iaitu Putrajaya Sentral ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan dari bersebelahan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ke Galeria di Presint 4,” katanya.

Selain itu, terdapat sembilan lokasi parkir awam yang telah disediakan iaitu:

– Berhampiran Suruhanjaya Tenaga
– Menara Usahawan
– Jabatan Pendaftaran Negara
– Hotel Dorsett
– Parkir Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin
– Belakang Istana Kehakiman,
– Parkir awam sekitar McDonald’s Presint 2
– Parkir di lot Pasar Tani Presint 2 Putrajaya
– Monumen Alaf Baru

Menurutnya, jika lokasi padat dengan kenderaan, lencongan akan dibuat secara berperingkat manakala jalan yang terjejas ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Tun Hussein.

Sumber: Astro Awani