Kita pasti merindui kemeriahan bazar Ramadan pada ketika ini kerana pihak kerajaan telah memutuskan bahawa tiada bazar Ramadan dibuat kerana mahu memutuskan rantaian wabak Covid19.

Usah risau, bagi penduduk sekitar Lembah Klang, anda boleh layari bazar Ramadan secara dalam talian atau ‘online’ jika rindu mahu merasai makanan di bazar seperti sebelum ini.

Semua-dalam-satu-platform (Boleh membuat penghantaran hampir ke semua tempat)

Moovby iftar4u – Lebih 200 jenis menu di 10 lokasi. Pembayaran tanpa tunai atau cashless. Penghantaran oleh GoGet. Dengan kerjasama FriedChillies dan GoGet.

Plats – Inisiatif oleh MBI Selangor, Hijrah Selangor dan Slurp serta Grab sebagai rakan penghantaran. Untuk kawasan Selangor sahaja.

FVBazaar – Kerjasama antara Fashion Valet dan FoodPanda. Lebih kurang seperti laman e-dagang dengan pilihan daripada restoran, makanan buatan sendiri atau homemade, produk makanan dan biskut. Jualan seluruh negara.

Selain itu, Bazar Ramadan Lembah Klang ‘Online’ juga tidak terkecuali mempromosikan makanan melalui FB Group bagi memudahkan anda yang berada di sekitar Lembah Klang membeli makanan sepanjang bulan Ramadan.

Anda boleh pilih bazar ‘online’ berdekatan rumah bagi memudahkan penghantaran makanan atau minuman dilakukan. Berikut merupakan senarai bazar Ramadan di sekitar Lembah Klang:

  1. Bazar Ramadhan Shah Alam Online Official 2020
  2. Ampang Online Bazaar Ramadhan 2020
  3. Bazaar Ramadhan TTDI KL
  4. Bazar Ramadhan USJ 4
  5. Bazaar Ramadhan Online Putrajaya
  6. Bazaar Ramadhan Online Gombak
  7. Bazaar Ramadhan Online BTP/GVP 2020
  8. Bazaar Ramadhan Online Sg Buaya
  9. Bazaar Ramadhan Online Kuala Lumpur
  10. Bazaar Ramadhan Online Sungai Buloh
  11. Bazaar Ramadhan Bangsar 2020
  12. Bazaar Ramadhan Melawati 2020
  13. Bazaar Ramadhan Online Selayang
  14. Bazaar Ramadhan Kelana Jaya
  15. Bazaar Ramadhan Online Warga Puchong
  16. Bazaar Ramadhan Online Btg Kali
  17. Bazaar Ramadhan Online Puchong Permai
  18. Online Bazar Ramadhan Taman Tasik Permaisuri 2020
  19. Bazaar Ramadhan Online Serendah
  20. Semenyih Bazaar Ramadhan Online 2020
  21. Bazaar Ramadhan Kota Damansara 2020
  22. Bazaar Ramadhan Setiawangsa
  23. Bazaar Ramadhan Online Klang
  24. Bazaar Ramadhan Damansara Damai Online Delivery
  25. Bazaar Ramadhan Online Seri Kembangan

Sumber: Friedchillies