Kini semakin ramai kaum wanita gemar bersukan terutama mendaki bukit bersama rakan-rakan pada hujung minggu. Malah, ada juga pergi mendaki gunung-gunung tinggi yang ada dalam negara ini serta luar negara.

Walau bagaimanapun, kaum wanita pasti terikat dengan situasi yang tidak dijangka seperti datang bulan. Seorang pengguna Facebook, Abdul Rahman Mustafa, berkongsi pendapat-pendapatnya mengenai isu wanita datang bulan pergi hiking.

1. Period perkara biasa bagi wanita

Period ni perkara biasa. Jgn pandang jijik wanita yg period. Ia adalah tuntutan biologi anatomi hawa yg perlu berlaku pada sistem peranakan. Kita lelaki tak period sebab kita tak ader sistem peranakan. Full stop. Kat mana hinanya wanita yg period, sampai masuk hutan pun tak boleh. Setahu saya, tak boleh solat ajer.

2. Bagaimana untuk membuang pad semasa dalam hutan

Gambar sekadar hiasan

How to dispose ladies pad ketika hiking dlm hutan. Samada kita tanam dlm tanah (koreklah dalam sikit supaya haiwan liar tak selongkar keluar), atau masuk dlm plastik, ikat ketat, double plastik kalau tak yakin, masuk dlm hiking bag, dan bawa keluar hutan. Buang kat tempat tong sampah di luar sana, atau bila sampai rumah, unpack beg, buang kat tong sampah rumah. Tak payah basuh pad tu sebelum masuk plastik. Apatah lagi, jgn basuh disungai mengalir, kita tak tahu, air sungai mengalir ke hulu, kawan kat bawah sedang mandi atau tadah air minum. Masuk plastik terus, tak perlu basuh.

3. Baca doa & zikir

Gambar sekadar hiasan

Habis kalau ada pad berdarah dlm plastik , puaka tak datang malam malam bawah fly atau dalam kemah jilat pad tuu ? Samada kita period atau tidak, sebelum masuk hutan atau ketika dlm hutan, bacalah doa mohon Allah lindung kita dari gangguan makhluk Allah yg lain. Yg tak boleh ialah solat. Berzikir dan membaca ayat kecil Al Quran, macam Ayat 3 Kul, ayat Qursi masih boleh (google lah kalau rasa pendapat saya ni tak betul). Allah kan ada, so kita jangan dewakan puaka.

4. Sesetengah wanita tak digalakkan hiking

Gambar sekadar hiasan

Ada betulnya wanita yg period tidak digalakkan masuk hutan panjat gunung. Tapi ini ditujukan kepada wanita yg bila period, sunggugutnya sampai berguling guling sakit tak mampu nak hike, membawa resiko OT pada diri dan juga line up yg lain. Tapi if you can manage the pain, dan tak ganggu hiking, pesanan ini not for you.

Sumber: Fb Abdul Rahman Mustafa