Setiap orang daripada kita pasti mengimpikan bagaimana rasanya jika kita dapat menyambut hari lahir di restoran kegemaran. Setiap restoran ada cara mereka tersendiri untuk meraikan hari lahir pelanggan mereka.

Seorang pengguna laman sosial Twitter, @myjoe_, memberi sebab utama kenapa anda perlu sambut hari lahir di Chili’s.

Menurutnya, sesiapa yang pergi makan di Chili’s semasa hari lahir mereka akan dihadiahkan gambar polaroid, kad hari lahir dan sepotong kek brownie.

Malah, dia ada menghantar mesej peribadi kepada akaun Chili’s Malaysia untuk bertanya mengenai promosi untuk hari lahir.

Tambahnya, dia berpesan supaya salah seorang rakan anda memberitahu pekerja restoran itu bahawa hari tersebut merupakan hari lahir anda dan mereka akan menyanyikan lagu hari lahir khas untuk anda.

Memang meriah jika melihat kesungguhan pekerja mereka menyanyikan lagu untuk anda dengan penuh ceria dan semangat.

Sumber: Twitter myjoe_