Tinggal berapa bulan saja lagi kita akan memasuki tahun baru. Mungkin ada di antara kita sudah memohon cuti hujung tahun untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Jika anda sudah lama tidak bercuti, inilah masanya untuk merancang percutian kerana laman web Traveloka ada membuat promosi diskaun sehingga 70 peratus untuk harga hotel di luar negara.

1. Hotel Hawaii Patong, Phuket, Thailand

Jangan terkejut, harga bilik di hotel ini sangat berbaloi kerana anda boleh menempah bilik serendah RM35.68 satu malam. Siapa mahu bercuti di Phuket, Thailand, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda boleh menempah bilik di sini.

2. Hotel Minh Tam & Spa, Vietnam

Teringin ke Vietnam dan meneroka bandar Ho Chi Minh bersama rakan-rakan? Inilah masa yang sesuai untuk anda menghilangkan tekanan di tempat kerja dan meluangkan masa bersama yang tersayang. Harga bilik bermula RM87.96 dan anda boleh menempahnya di sini.

3. Hotel Max One, Seminyak, Bali, Indonesia

Bukan selalu dapat harga hotel murah di destinasi pilihan ramai, Bali, Indonesia. Mungkin sekarang adalah masa yang tepat untuk anda merehatkan diri dengan menikmati pemandangan pantai dan alam semulajadi yang begitu indah di sini memandangkan harga hotel serendah RM93.83 satu malam. Anda boleh tempah bilik di sini.