Walaupun gaji ahli Parlimen masih lagi rendah berbanding gaji sektor swasta, namun perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak bercadang untuk menaikkan pendapatan bulanan wakil rakyat di seluruh negara.

siemens-melayumaju.blogspot.com

“Kami tidak mahu gaji (ahli Parlimen) terlalu rendah berbanding sektor swasta, jadi kami ingin merendahkan gaji sektor swasta,” ujarnya sambil berseloroh.

Malah, dia turut memberitahu sebab mengapa dia tidak sentuh langsung gaji semasa menjadi perdana menteri sebelum ini.

instagram.com/chedetofficial

“Saya simpan gaji saya. Itulah duit yang saya ada sekarang sebab semuanya dibayar oleh kerajaan,” jelasnya.

Menurutnya, Tun M langsung tidak menggunakan gajinya selama 29 tahun kerana kerajaan telah menyediakan rumah, kenderaan dan membayar elaun perjalanan, bil elektrik serta air sepanjang dia berkhidmat untuk negara.

instagram.com/chedetofficial

Walaupun bergelar perdana menteri, Tun tetap mempamerkan sikap berjimat-cermat dengan tidak berbelanja boros walaupun menerima gaji yang tinggi. Respect Tun!

Sumber: mStar