Amat mengejutkan apabila lapangan terbang sebenarnya merupakan lokasi mengecas telefon awam yang paling bahaya pada ketika ini.

Menurut laporan Business Insider, bahaya yang dimaksudkan tidak berkaitan bahaya letupan atau kebakaran apabila mengecas telefon.

Sebenarnya, tempat mengecas di lapangan terbang lebih berisiko untuk digodam oleh penjenayah siber.

Untuk pengetahuan anda, penjenayah siber mampu menggodam telefon anda menggunakan perisian Malware yang membolehkan mereka mengakses data peribadi pemilik telefon.

Namun, penjenayah ini hanya boleh menggodam telefon anda sekiranya anda menggunakan tempat pengecas jenis USB.

Lebih selamat jika anda membawa soket ataupun powerbank sendiri untuk mengecas telefon anda. Tak salah kita berhati-hati daripada maklumat peribadi dicuri oleh penjenayah siber. Lagi bahaya, kan?

Sumber: Gempak & Business Insider