Minggu lepas tular satu video mengenai seorang lelaki yang dilihat mengalirkan airmata sejurus selepas mencium dahi isteri yang baru dikahwininya.


Lelaki yang dikenali sebagai Khairuddin Kassim, suami kepada isterinya, Afrina Mohamad, gagal mengawal emosi selepas mereka selamat bernikah.

Menurut isterinya, Khairuddin mengalirkan airmata kerana bersyukur hubungan mereka akhirnya berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

“Ya dia memang sebak waktu tu. Dia sebenarnya terharu kerana dia amat berterima kasih kepada keluarga kami dan sesiapa sahaja yang menyokong kami selama ini,” jelasnya.

“Dia juga terkenang masa yang kami lalui bersama. Kami kenal dah enam tahun. Jadi bila kami dah disatukan, makin bertambahlah sebak dia,” sambungnya.

Difahamkan, Khairuddin sememangnya seorang yang mudah tersentuh hati terutama perkara-perkara berkaitan emosi.

Kisah pengantin baru itu mendapat perhatian warga laman sosial minggu lepas kerana ramai yang tersentuh melihat keikhlasan lelaki tersebut terhadap isteri yang baru dinikahinya.

Sumber: mStar