Kebanyakan pelancong suka melancong ke negara-negara yang mempunyai taman tema menarik seperti taman tema Disneyland dan Universal Studios di seluruh dunia.

Terbaru, satu taman tema berkonsepkan Star Wars bakal dibuka di Disneyland California, Amerika Syarikat yang bakal membuatkan peminat setia Star Wars teruja untuk menikmati pengalaman menarik di sana.

Difahamkan, harga tiket Disneyland California akan dinaikkan daripada $135 (~RM555) kepada $150 (~RM600) sehari. Ia kerana pihak Disney mahu memberi perkhidmatan dan kepuasan yang terbaik buat para pengunjung taman tema tersebut.

IG Walt Disney World

Untuk pengetahuan anda, Star Wars: Galaxy’s Edge bakal memberi pengalaman baru buat para peminat Star Wars di mana mereka dapat menaiki kapal Millennium Falcon, menyertai simulasi perlawanan serta makan di kantin sambil dilayan staf berpakaian watak Star Wars.

Harga tiket mahal tidak menjadi isu buat peminat Star Wars untuk berkunjung ke sana apabila taman tema Star Wars itu siap sepenuhnya pada pertengahan tahun ini. Kalau untuk pengalaman sekali seumur hidup, harga tiket mungkin tidak menjadi masalah, kan?

Sumber: The Vocket