Baru saja melahirkan putera sulung, pelakon Elfira Loy, masih tidak mendedahkan wajah anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf, untuk tatapan umum walaupun sudah berusia 15 hari.

Menurutnya, dia menjawab persoalan tersebut di sesi soal jawab InstaStory bersama pengikut akaun Instagram anaknya.

“Kenapa jarang post gambar baby? Kalau post pun mesti tak nampak muka baby,” tanya seorang pengikut di laman sosial tersebut.

“Sebab orang-orang tua nasihat, jauhkan penyakit Ain, bukan penyakit misteri tapi penyakit hati manusia, kot-kot ada yang dengki. El okay je tapi kita dengar jelah,” jawabnya.

Selain itu, dia juga menjawab soalan-soalan mengenai maksud di sebalik nama anaknya serta pengalaman melahirkan anak yang baru dilaluinya.

Sumber: Gempak