Hari Raya Aidiladha semakin menjelang tiba dan pastinya ramai di antara kita sudah dalam perjalanan menuju ke kampung halaman untuk beraya bersama keluarga tersayang.
Seperti biasa, ibadah korban akan dilaksanakan pada pagi raya nanti dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenai larangan upah daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya tukang lapah dan sembelih tidak dibenarkan mengambil daging korban sebagai upah mereka.
Menurut PU Azman, berilah upah lain seperti duit dan bukannya daging korban untuk membalas jasa, tenaga dan keringat yang digunakan untuk menyempurnakan ibadah korban tersebut.
“Tak boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah dengan niat upah. Kerana ada nilai jual beli. Sedangkan sembelihan korban bukan untuk dijual beli (ditukar ganti manfaat),” tulisnya.
“Tapi, boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah atas niat mereka ini sebahagian daripada fakir miskin atau masuk dalam senarai list untuk terima sedekah daging,” jelasnya.
“Jadi, tukang sembelih dan tukang lapah jangan memandai-mandai nak menentukan nak bahagian itu nak bahagian ini sampai nampak macam upah buat kerja,” ujarnya lagi.
Semoga penjelasan daripada PU Azman ini dapat memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan baru untuk kita.
Sumber: IG PU Azman