Ini Sebab Kenapa Saharul Ridzwan Tidak Berhenti Berlakon
Pelakon drama Jangan Benci Cintaku, Saharul Ridzwan, mempunyai prinsipnya tersendiri mengapa dia masih berlakon walaupun pernah berniat untuk meninggalkan dunia lakonan satu masa dahulu.
Menurutnya, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tidak meneruskan niatnya dan meluahkan di akaun laman Instagram miliknya, semalam.
“Niat tidak menghalalkan apa yang haram. Yang haram tetap yang haram. InShaaAllah sy akan cuba elakkan kesemuanya kerana Allah. Bukan atas sebab lain,” tulisnya.
Allah SWT berfirman, “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS an-Nur [24]: 60)
.
Riwayat dari Abu Bakar RA bahawa dia pernah berjabat tangan dengan beberapa orang wanita tua dan Abdullah bin Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya. Maka, wanita itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya dari kutu.
Selain itu, Saharul juga ada bertanya kepada ustaz dan imam mengenai bersentuhan atau bersalaman dengan wanita lebih berusia semasa berlakon.
“Jawapan di atas itulah yang diberikan kepada saya dengan NIAT utk menyampaikan sesuatu message dalam medium lakonan,” jelasnya.
Dia sedar bahawa dirinya tidak layak untuk bercerita mengenai hukum halal dan haram, tetapi dia berharap lakonannya dapat memberi pengajaran kepada penonton.
“Tetapi sekiranya selepas ini sy masih lagi tidak mampu untuk berkata TIDAK pada perkara yang SALAH, bukan sahaja di dalam drama, tetapi juga di dalam kehidupan sy, jadi sy PERLU tarik handbrake dan mencari kekuatan itu kerana Allah,” katanya.
Malah, Saharul turut meminta orang ramai supaya mengingatkannya jika dia lupa kerana dia juga seorang manusia biasa.