Jika anda sudah biasa melancong ke negara China, anda pasti pernah menjejakkan kaki ke bandar-bandar besar di sana seperti Beijing, Guangzhou dan Shanghai.

princessindyrina.com

Namun, pernahkah anda melawat antara kota tertua di sana seperti kota Xi’an yang terletak di wilayah Shaanxi? Di sini terdapat kawasan tumpuan pelancong iaitu Muslim Quarter.

princessindyrina.com

Dikenali sebagai bazar Muslim Street Food, terdapat pelbagai pilihan makanan ada dijual dan semestinya halal. Jika anda menghadapi kesukaran mencari makanan halal di China, anda wajib singgah di sini dan cuba semua makanan yang ada.

princessindyrina.com

Kepada yang tidak fasih berbahasa Cina, anda hanya perlu hafal dan tahu dua perkataan iaitu “Yang Rou” bermaksud daging kambing dan “Niu Rou” bermaksud daging lembu.

Untuk pengetahuan anda, terdapat lebih 20,000 masyarakat beragama Islam terdiri daripada etnik Hui bermastautin di sini.

princessindyrina.com

Selain makanan, kawasan ini turut menjual cenderamata dan kebanyakan kedai dimiliki oleh orang Islam. Jika anda mahu membeli-belah, pastikan anda membuat tawaran harga terlebih dahulu kerana setiap kedai mungkin meletakkan harga barangan yang berbeza.

Sumber: Cari & mStar