Penghijrahan ke arah kebaikan bukan mudah untuk dilakukan lebih-lebih lagi untuk mengekalkannya dalam dunia yang penuh dugaan ini.
Namun, awal tahun ini adik kepada selebriti popular Rozita Che Wan, Ruby Che Wan, dilihat berhijrah sepenuhnya selepas pulang dari mengerjakan haji bersama suami pada tahun lepas.
Selain itu, Ruby dilihat sering memuatnaik gambar-gambar yang memberi gambaran bahawa dia sudah berniqab atau berpurdah di samping berkongsi ilmu agama bersama pengikutnya di laman Instagram.
Menurut temubual bersama Majalah Nona, dia melakukan penghijrahan dengan mengenakan tudung yang lebih labuh selepas pulang dari Tanah Suci Mekah.
“Oleh sebab itu apabila pulang sahaja mengerjakan haji tahun lalu saya nekad untuk mengubah penampilan. Perubahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya, tetapi mahu menyarung pakaian yang mudahkan kita untuk bawa solat tidak kira masa dan tempat,” jelasnya.
Sejak itu, Ruby juga selesa memakai baju yang dijahit sendiri kerana dia takut tukang jahit baju tak faham dengan keinginannya.
Oleh sebab itu, dia lebih senang mereka dan menjahit pakaiannya sendiri mengikut citarasanya yang mahukan baju lebih labuh dan longgar.
Semoga penghijrahan Ruby berkekalan selamanya dan dicontohi oleh golongan wanita di negara ini bak kata pepatah, Yang baik kita jadikan tauladan, Yang jahat kita jadikan sempadan.
Sumber: Hijabista