Pelakon cantik manis, Rozita Che Wan, kini dilihat gemar memakai pakaian longgar seperti jubah, skirt panjang dan banyak lagi berbanding sebelum ini.

IG Rozita Che Wan

Menurutnya, dia mengakui sudah mengubah citarasa fesyen sejak awal tahun ini ke arah patuh syariah yang dituntut dalam Islam.

Tambahnya, perubahan positif itu adalah hasil daripada banyak mempelajari agama Islam selain dipengaruhi oleh adik-beradiknya serta rakan-rakan yang menutup aurat dengan sempurna.

IG Rozita Che Wan

“Kita ni kadang-kadang rasa macam tahu semua benda tetapi apabila kita cari ilmu, kesedaran itu akan timbul dan mahu mengamalkan perkara yang dituntut,” ujarnya.

“Harus saya akui pada awalnya rasa tak ikhlas juga tetapi menutup aurat dengan sempurna itu adalah wajib. Lama-kelamaan kita akan berasa ikhlas dan mula rasa segan dengan diri sendiri dan orang di sekeliling kita,” sambungnya.

IG Rozita Che Wan

“Paling penting, kita sedia untuk belajar dan memperbetul kesilapan diri. Alhamdulillah adik-beradik pun selalu juga tegur kalau ada buat silap dan kita betulkan,” katanya.

“Alhamdulillah perlahan-lahan saya cuba ubah ke arah lebih baik dan paling penting istiqomah dalam melakukan sesuatu,” ujarnya lagi.

IG Rozita Che Wan

Malah, dia juga turut berasa malu untuk memakai pakaian menampakkan bentuk badan seperti sebelum ini. Semoga Che Ta istiqomah dan makin nampak ayu dengan penampilan terbarunya.

Sumber: mStar