Baru-baru ini tular lagu daripada kisah animasi pendek Indonesia iaitu Si Nopal yang menjadi kegilaan warga laman sosial.

Malah, ramai artis di negara ini membuat parodi dengan menyanyikan lagu tersebut dengan cara mereka yang tersendiri dan memuatnaik video di laman sosial.


Untuk pengetahuan anda, lagu yang tular itu sebenarnya menceritakan kisah Si Nopal dan adiknya, Dede yang mahu pergi berkhemah bersama-sama. Penyanyi asal lagu berkenaan ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun dan dikenali sebagai Nadiah.

Walau bagaimanapun, maksud ‘Bahenol’ bukanlah seperti yang kita sangkakan kerana ia memberi maksud yang tidak elok iaitu montok, mengghairahkan dan seksi.

Seorang pengguna Facebook, Suhaini Mohd Yusof, berkongsi maksud sebenar perkataan tersebut selepas mengesahkan maksud ‘Bahenol’ yang sebenar daripada rakan-rakannya yang tinggal di Bali, Bandung dan Jawa Tengah.

Menurut salah seorang rakannya, ‘Bahenol’ bermaksud gemuk dan punggung besar. Bayangkan jika anak-anak kita sering menggunakan perkataan itu tanpa mengetahui maksud yang sebenar.

Selain itu, ‘Bahenol’ juga bermaksud perempuan yang montok. Sememangnya perkataan itu ditujukan untuk golongan perempuan dan biasa digunakan dalam percakapan anak muda di sana.

Rakan Suhaini juga menjelaskan bahawa perkataan tersebut tidak elok digunakan terutama kanak-kanak kerana dikhuatiri pemikiran mereka akan dewasa sebelum waktunya.

Kesimpulannya, jangan terikut dengan perkara yang tular tanpa usul periksa. Pastikan anda tahu maksud sesuatu perkataan itu sebelum menggunakannya.

Sumber: Fb Suhaini Mohd Yusof