RESEPI TART TELUR SIMPLE GUNA ROTI GARDENIA

BAHAN-BAHAN

– Roti gardenia
– 5 biji telur
– 300gm susu segar
– 50gm susu pekat
– 140gm gula aising
– 1 sudu besar tepung jagung
– Sedikit esen vanilla
– Sedikit pewarna kuning

CARA-CARA

1. GELEK ROTI

Mula-mula, kita ambil roti gardenia dan gelek hingga leper.

2. GUNTING ROTI IKUT ACUAN

Kemudian kita gunting roti membulat mengikut saiz acuan. Kalau ada bekas yang bulat boleh juga tekapkan.

3. BAKAR SEDIKIT ROTI SEBELUM DIMASUKKAN ADUNAN TELUR

Seterusnya ambil acuan dan tekan kepingan roti kedalam acuan. Bakar lebih kurang 10 minit atau hingga roti menjadi garing sedikit.
Tujuannya adalah untuk mengelakkan roti daripada menyerap adunan telur.

4. SEDIAKAN ADUNAN TELUR

Sambil tunggu roti tadi garing, kita sediakan adunan telur atau intinya. Untuk menyediakan inti tart telur ni, satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati.

5. TUANGKAN KE DALAM ACUAN ROTI

Tuang adunan telur kedalam acuan roti yang telah dibakar sebentar tadi seperti dalam gambar di bawah ini.

6. BAKAR

Lepas tu masukkan balik dalam oven. Bakar semula sehingga masak. Siap!

Sumber: Sirap Limau