Sejak kebelakangan ini kebanyakan bintang Kpop begitu obses dengan satu jenis sandwich hinggakan para peminat mereka tertanya-tanya adakah sandwich itu terlalu sedap dan apakah bahan-bahan digunakan untuk membuat sandwich tersebut.

Walaupun resepi sebenar sandwich itu tidak didedahkan, namun menurut orang ramai dan mereka yang telah mencubanya, antara bahan digunakan ialah jem strawberi, kentang, telur dan kobis.

Berikut merupakan resepi Inkigayo sandwich yang dikongsi oleh seorang Youtuber Korea Selatan:

Bahan

twitter.com

Jem strawberi
Sebuku roti

Salad Kentang:
Kentang
Telur,
Mayonis
Serbuk lada hitam

Salad Kobis:
Kobis
Timun
Mayonis
Sos tomato/cili (ikut pilihan sendiri)

Cara-cara

– Rebus kentang dan masukkan sedikit garam ke dalamnya.
– Dalam periuk lain, rebus telur selama kira-kira 10 minit.
– Kupas kentang dan telur. Lenyekkan kentang.
– Kentang yang dilenyek campur dalam mangkuk telur, kacau rata.
– Masukkan mayonis dan serbuk lada hitam.
– Hiris nipis kobis dan timun.
– Dalam mangkuk lain, campurkan kobis, timun, mayonis dan sos.
– Sekarang dah boleh buat lapisan sandwich roti-salad kentang-roti-jem strawberi-roti-salad kobis-roti.
– Bungkus dalam plastik lutsinar seperti dalam video.

Sumber: Wanista