Ramai mengagumi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mampu mentadbir negara ini di usia 93 tahun dan masih aktif bergerak ke sana sini atas tuntutan kerja.

Menurut perdana menteri tertua di dunia ini, dia menua agak lambat berbanding mereka yang seusia dengannya.

“Terdapat dua jenis penuaan. Satu secara kronologi, berdasarkan tahun dan satu lagi adalah secara biologi. Adakalanya manusia tua dengan cepat, ada yang menua dengan lambat. Saya rasa, saya menua sedikit lambat berbanding orang lain,” katanya.

“Sepertinya saya masih boleh berkelakuan normal. Saya tidak nyanyuk dan masih boleh mendengar serta menjawab soalan. Rakyat masih mahu saya memerintah negara dan saya perlu menyampaikan hasrat orang ramai,” tambahnya.

Berikut merupakan tips diberikan oleh Tun Mahathir untuk kekal sihat di usia hampir mencecah 100 tahun ini:

1. Jangan berehat

Katanya, anda akan lemah jika berehat di usia tua kerana otot tidak boleh menampung berat seterusnya anda tidak lagi boleh berdiri dan berjalan seperti biasa jika anda tidak menggunakan otot serta hanya baring pada setiap masa.

2. Kekal aktif dari segi mental

Tun Mahathir sentiasa kekal aktif bukan saja dari segi fizikal, malah dari segi mental. Menurutnya, anda akan nyanyuk jika tidak menggunakan otak seperti tidak berfikir, tidak menyelesaikan masalah, tidak membaca dan tidak menulis.

Sumber: Harian Metro