Pelawak terkenal, Johan Raja Lawak, dilihat tampil berbeza baru-baru ini kerana dia kelihatan kurus berbanding sebelumnya.

Berikutan itu, ramai kagum dengan perubahan pelawak tersebut hinggakan ada yang mahu mengorek rahsia bagaimana badannya kembali kepada bentuk asal semasa awal penglibatannya dalam dunia seni beberapa tahun lepas.

Menurut Johan, dia berkongsi beberapa tips kepada mereka yang berminat untuk mengetahui rahsia dirinya kembali kurus iaitu:

– Berhenti makan selepas pukul lima petang.

– Berhenti ambil makanan dan minuman manis.

– Bersenam.

Intermittent fasting (berpuasa).

– Diet atkins.

Tambahnya, dia mengurangkan berat badan adalah kerana mahu menjaga kesihatannya. Hasilnya, kini Johan berjaya mengurangkan berat badan daripada 95 Kilogram (kg) kepada 73kg.

Sumber: Cari